CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 19, 2010

KELABING+ REBUTIA NLB TRAINERS X-PLORE

Salam 1 Malaysia..Pada tanggal 11hb Januari yang lepas, iaitu pada hari Ahad..grup fesi dan jurulatih bagi KELABING DAN REBUTIA telah mengadakan sebuah program X-PLORASI,
..Mungkin ini adalah program pertama bagi tahun ini, dan program ini dijalankan bertujuan untuk memeriksa kawasan hutan di Ulu Yam.

Lebih kurang seminggu di dalam hutan,pelbagai pengalaman dirasai. Digigit pacat adalah perkara biasa, tidur berbumbungkan langit bertilamkan tanah adalah lumrah. Sememangnya program kali ini cukup menyeronokkan. Maaf kepada ahli-ahli KELABING dan REBUTIA, program ini sebenarnya memakan masa yang agak panjang,dan berisiko tinggi,segala yang terjadi adalah dibawah tanggungjawab sendiri.Oleh itu AJK KELABING DAN REBUTIA memutuskan agar program kali ini dilakukan oleh para jurulatih dan fesi-fesi yang berpengalaman sebelum di jadikan program rasmi untuk KELABING DAN REBUTIA.

Program X-PLORASI ini diketuai oleh en.Radzuan (setiausaha KELABING) dan dibantu oleh en. SYAEZUL (JURULATIH REKREASI LUAR BERTAULIAH KEBANGSAAN) serta dibantu oleh pembantu jurulatih,grup teknikal,dan krew-krew yang berpengalaman.

Misi program kali ini adalah memeriksa kawasan dan menandakan tahap keselamatan di hutan Ulu Yam sebelum dijadikan hutan rekreasi untuk peminat aktiviti rekreasi luar. Pemeriksaan meliputi 9 trek hutan (5 trek sediakala dan 4 trek baru), menanda kawasan perkampungan survivor, keselamatan di sungai dan hutan di waktu malam, kekerapan kunjungan binatang di sesuatu tempat dalam kawasan hutan rekreasi, pemeriksaan kawasan tali tinggi ( repeiling dan abseiling serta flying fox), sesi pandu arah (orienteering), dan banyak lagi.

Antara sisipan gambar-gambar semasa aktiviti..






















































































































































































































































































0 comments: