CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 7, 2010

KURSUS REKREASI LUAR TAHAP 1 DAERAH GOMBAK

.Tanggal 11 Jun 2010 telah terlaksana sebuah program yang pengisiannya adalah aktiviti rekreasi luar sepenuhnya..Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 Daerah Gombak.Ianya telah dilaksanakan di Nur Laman Bestari Eco Resort n Training Village,Ulu Yam.
Kursus ini telah dikendalikan oleh para jurulatih KELABING.
Penekanan dalam kursus pada kali ini adalah lebih kepada pengenalan kegiatan rekreasi luar dan beberapa kemahiran asas kraf rekreasi seperti perkhemahan,flying fox,repelling,jungle tracking,'outdoor games',kayak,berakit,teknik asas simpulan dan ikatan,'orienteering' dan kompas',ikhtiar hidup,kembara malam dan beberapa lagi pengenalan dan asas pengendalian aktiviti rekreasi luar.
Rata-rata yang menyertai kursus ini adalah daripada individu yang belum mengenali aktiviti rekreasi dengan betul.Oleh yang demikian kursus ini telah membantu mereka dalam mengenal erti sukan rekreasi dan memberi mereka peluang untuk terlibat dalam bidang rekreasi yang mampu memberi 1001 peluang dan faedah yang berharga.
Kursus ini adalah kerjasama KELABING dan PEJABAT BELIA & SUKAN DAERAH GOMBAK.
Terima kasih buat en.Zayanidi (Pembantu Pegawai Belia & Sukan daerah Gombak) selaku pemantau program yang banyak menyumbang dan membantu program ini daripada mula hingga akhir.Kepada para Jurulatih yang bersama-sama berkampung di NLB,anda melakukan tugas anda dengan cemerlang,teruskan prestasi anda untuk program yang akan datang dan ribuan terima kasih diucapkan.Buat pihak Rebutia Corporation Sdn Bhd,anda juga adalah tulang belakang program ini dan banyak memberi sumbangan bagi memastikan program ini berjaya,terima kasih.
Berikut adalah beberapa gambar sepanjang program :









0 comments: