.Selamat Tahun Baru 2010 dan selamat tinggal tahun 2009. Dengan kedatangan tahun baru ini diharap semua pihak terutama AHLI KELABING dan para belia diseluruh negara akan lebih berdaya maju dan bersama sama kita mencorakkan tahun 2010 yang lebih gemilang.
.Tahun 2010 akan tiba dan kalender kursus sudahpun dirangka. Semoga semua pihak akan mendapat manfaat dan syafaat yang lebih di tahun baru ini.
"1Belia 1 Malaysia", semangat perjuangan belia-belia Malaysia masakini.
Wednesday, December 30, 2009
- KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK - 10:47 PM 0 comments
XPDC KUALA GANDAH (P.J.K.N.)
.Salam 1 Malaysia..sekian sudah ceritera dalam 1 PJKN bersama gambar-gambarnya. direncana dan dilaksanakan oleh KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK (KELABING) dengan kerjasama PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH GOMBAK(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA). Terima kasih juga kepada persatuan-persatuan belia di sekitar gombak yang lain serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) KELABING SIRI 2 / 2009.
.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada en.wan malik(towkey) AIR TENANG RESORT,JANDA BAIK,PAHANG kerana turut membantu bagi menjayakan program ini dari dari segi fasiliti,kemudahan dan makan minum.
.Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada penceramah-penceramah yang hadir memberikan ceramah dalam konteks kenegaraan dan modal insan - AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH GOMBAK, USTAZ DARIPADA OASIS. Terima kasih juga kepada para pengendali program PJKN KELABING SIRI 2 / 2009.
PENYELARAS PROGRAM : USTAZ ROHISHAM
PENOLONG PENYELARAS PROGRAM : PN. NUL WIDAYA
KEM KOMANDAN : EN. FAISAL MASPAN
KETUA FASILITATOR : EN. ROHAIZAN
KETUA URUSETIA : EN. ZAYANIDI
FASILITATOR-FASILITATOR :
- EN. FAISAL AHMAD (CHAL)
- EN. RIZWAN (MAT @ WAN)
- EN. MUHD FARIS (ALIF)
- PN. BADRUNISHA (MURNI)
- EN. WOON (PENGGERAK BELIA)
- PN. WANI ( PENGGERAK BELIA)
.Seterusnya terima kasih tak terhingga kepada para peserta kerana dengan kerjasama anda semua,perjalanan program berjalan lancar dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah. Jika ada sebarang cacat cela dalam program ini samada dari soal pengurusan dan aktiviti, kami di KELABING menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari tuhan dan yang tidak baik serta tidak sempurna itu datang dari diri kami sendiri. Kami juga manusia seperti kalian.
.Insyaallah, jika ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi, mungkin di lain program. Diharap tidak terputus hubungan hendaknya.
.TERIMA KASIH DAN SALAM SAYANG DARI KAMI..
- KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK - 9:00 AM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
.Majlis Penutupan Rasmi PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL siri 2 / 2009 KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK telah berlangsung pada 20 hb disember 2009 iaitu hari ke-9 PJKN berlangsung. Majlis ini dipengerusikan oleh saudari Asma Qamaliah,salah seorang peserta program PJKN.
.Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah bahagian belia di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.Kami di KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK (KELABING) mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada en.Shamsul di atas kesudian beliau hadir ke majlis penutup dan merasmikan majlis tersebut.
.Majlis tersebut turut diserikan dengan 3 persembahan daripada para peserta PJKN. Pada masa yang sama majlis penyampaian sijil dan hadiah turut diadakan. Pada PJKN kali ini, terdapat pelbagai kategori anugerah yang unik dan pastinya lain daripada yang lain disampaikan. Antaranya, anugerah peserta paling kontroversi yang diterima oleh saudara ASIF, dan anugerah peserta bercakap tanpa noktah yang diterima oleh saudari LILY. Masing-masing tersenyum puas dengan anugerah yang diterima.
.Majlis tersebut diteruskan lagi dengan tayangan video 'slide' yang memaparkan gambar-gambar semasa aktiviti yang dilalui oleh peserta, bermula daripada hari pertama program. Segala pahit manis,tangis tawa semasa program dipaparkan semasa tayangan tersebut, maka tidak kuranglah peserta-peserta yang ketawa dan menangis sepanjang melihat tayangan tersebut. Kata orang, itulah lumrah bagi setiap yang menyertai sesuatu program. Mereka pastinya merindui waktu bersama sepanjang program yang mereka sertai apabila di luar nanti.
.Selesai ucapan oleh Penghulu, saudara Izzhar dan ucapan daripada penyelaras program, Ustaz Rohisham serta ucapan perasmian penutup oleh en. Shamsul, para jemputan dan peserta dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
.Pada malam hari yang sama, para peserta berkumpul bagi sesi penilaian. Malam tersebut juga diadakan sesi muhasabah diri. Setelah kedua-dua sesi tamat, peserta dikejutkan dengan satu gimik dimana Ustaz Sham telah menyatakan yang terdapat 5 orang peserta yang selalu menimbulkan masalah. Kelima-lima peserta tersebut dipanggil ke hadapan dan diminta untuk menyatakan kesalahan yang telah mereka buat. Penghulu dan penghuluwati dipanggil ke bilik urusetia dan diminta untuk menyalakan api lilin kek harijadi dan kek harijadi itu dibawa ke hadapan 5 orang peserta tersebut, peserta-peserta yang lain sungguh terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Sudah pastinya perasaan mereka berbaur antara gembira,sedih dan terkejut,lagi-lagi perasaan yang dirasai oleh 5 orang peserta tersebut. Setelah itu, peserta mengetahui bahawa malam itu diadakan majlis harijadi kepada peserta yang lahir dalam bulan Disember. Pastinya majlis itu akan diingati oleh mereka.
.Ceritera pada 20hb disember 2009 di PJKN, berakhir dengan selamat. ALHAMDULILLAH.
(MAAF JIKALAU PENCERITAAN INI AGAK TUNGGANG LANGGANG,MAKLUMLAH MENAIP PADA PUKUL 3.30 PAGI.) (^_~) ..TQ
- KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK - 10:51 AM 0 comments