.Majlis Penutupan Rasmi PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL siri 2 / 2009 KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK telah berlangsung pada 20 hb disember 2009 iaitu hari ke-9 PJKN berlangsung. Majlis ini dipengerusikan oleh saudari Asma Qamaliah,salah seorang peserta program PJKN.
.Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah bahagian belia di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.Kami di KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK (KELABING) mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada en.Shamsul di atas kesudian beliau hadir ke majlis penutup dan merasmikan majlis tersebut.
.Majlis tersebut turut diserikan dengan 3 persembahan daripada para peserta PJKN. Pada masa yang sama majlis penyampaian sijil dan hadiah turut diadakan. Pada PJKN kali ini, terdapat pelbagai kategori anugerah yang unik dan pastinya lain daripada yang lain disampaikan. Antaranya, anugerah peserta paling kontroversi yang diterima oleh saudara ASIF, dan anugerah peserta bercakap tanpa noktah yang diterima oleh saudari LILY. Masing-masing tersenyum puas dengan anugerah yang diterima.
.Majlis tersebut diteruskan lagi dengan tayangan video 'slide' yang memaparkan gambar-gambar semasa aktiviti yang dilalui oleh peserta, bermula daripada hari pertama program. Segala pahit manis,tangis tawa semasa program dipaparkan semasa tayangan tersebut, maka tidak kuranglah peserta-peserta yang ketawa dan menangis sepanjang melihat tayangan tersebut. Kata orang, itulah lumrah bagi setiap yang menyertai sesuatu program. Mereka pastinya merindui waktu bersama sepanjang program yang mereka sertai apabila di luar nanti.
.Selesai ucapan oleh Penghulu, saudara Izzhar dan ucapan daripada penyelaras program, Ustaz Rohisham serta ucapan perasmian penutup oleh en. Shamsul, para jemputan dan peserta dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
.Pada malam hari yang sama, para peserta berkumpul bagi sesi penilaian. Malam tersebut juga diadakan sesi muhasabah diri. Setelah kedua-dua sesi tamat, peserta dikejutkan dengan satu gimik dimana Ustaz Sham telah menyatakan yang terdapat 5 orang peserta yang selalu menimbulkan masalah. Kelima-lima peserta tersebut dipanggil ke hadapan dan diminta untuk menyatakan kesalahan yang telah mereka buat. Penghulu dan penghuluwati dipanggil ke bilik urusetia dan diminta untuk menyalakan api lilin kek harijadi dan kek harijadi itu dibawa ke hadapan 5 orang peserta tersebut, peserta-peserta yang lain sungguh terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Sudah pastinya perasaan mereka berbaur antara gembira,sedih dan terkejut,lagi-lagi perasaan yang dirasai oleh 5 orang peserta tersebut. Setelah itu, peserta mengetahui bahawa malam itu diadakan majlis harijadi kepada peserta yang lahir dalam bulan Disember. Pastinya majlis itu akan diingati oleh mereka.
.Ceritera pada 20hb disember 2009 di PJKN, berakhir dengan selamat. ALHAMDULILLAH.
(MAAF JIKALAU PENCERITAAN INI AGAK TUNGGANG LANGGANG,MAKLUMLAH MENAIP PADA PUKUL 3.30 PAGI.) (^_~) ..TQ
Tuesday, December 29, 2009
- KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK - 10:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment