CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 1, 2009

PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL

Kementerian Belia Dan Sukan kini menawarkan
Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN)
terbuka kepada remaja dan belia yang berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
PJKN ini ditawarkan khusus kepada remaja/ belia lelaki dan perempuan yang berminat dan tidak terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.
Matlamat utama PJKN ini adalah untuk menyediakan golongan remaja /belia
dengan beberapa bidang ilmu asas mengenai jati diri dan kesukarelaan,
agar golongan ini dapat memimpin diri ke arah menjadi warganegara yang berguna, berkeperibadian mulia dan cemerlang dalam kerjaya yang bakal diceburinya.

Kandungan pengisian dalam program ini berteraskan kepada konsep 4K iaitu Kemahiran, Kepimpinan, Kesukarelaan dan Keusahawanan yang merangkumi 5 modul berikut:

I - Modul Pembinaan Jatidiri

II - Modul Pembinaan Kepimpinan

III - Modul Pembinaan Kesukarelaan

IV - Modul Pembinaan Pendidikan Dan Kemahiran

V - Modul Pembinaan Kerjaya Dan Keusahawanan

Sehubungan dengan itu pihak pelaksana program iaitu KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK
ingin mengajak remaja di luar sana dan ahli-ahli kelabing untuk sama-sama menyertai program tersebut. Berikut adalah perincian butiran mengenai PJKN KELABING yang akan diadakan

: Jangkamasa: 10 Hari
: Bermula Pada 12-21 disember 2009

Tempat:
AIR TENANG RESORT, JANDA BAIK

Jumlah Peserta: 60 orang

Pengisian Program: 7 hari dalam kem dan 3 hari bersama keluarga angkat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan

Bayaran: PERCUMA - Dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. (Pengangkutan pergi balik, makan minum, penginapan, kit peserta seperti baju T, topi, beg, sijil dan keperluan pembelajaran juga disediakan)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
EN.FARIS - 014 810 3757 / EN.FAISAL 017 3425 287

untuk pendaftaran dan pengesahan peserta sebelum atau pada 10 DISEMBER 2009

CEPAT!! SEMAKIN HARI SEMAKIN RAMAI YANG MENDAFTAR..JANGAN LEPASKAN
PELUANG..

0 comments: