CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 10, 2010

Terkini Dari Kelabing..

KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK bakal mempunyai sebuah pusat internet aka Cybercafe yang bertempat di pejabat urusannya.
Setakat ini dalam proses renovation dan sudah 80 peratus siap.
Cybercafe tersebut akan dilengkapi sistem penghawa dingin, pejabat khidmat nasihat & kaunseling belia, dan tandas.

Setakat ini cybercafe ini ...akan mempunyai 10 buah komputer yang dilengkapi kemudahan internet untuk kemudahan para belia.
Insyaallah dengan adanya pusat tersebut, ianya bakal menjadi sebuah One Stop Youth Centre yang dilengkapi dengan kemudahan yang moden dan selesa.

Pusat ini juga berdekatan dengan masjid, Jabatan Pendaftaran Negara, restoran, hentian bas dan teksi, pusat beli belah warta, padang bola sepak, kolam renang siantan, kawasan perkelahan serta pelbagai lagi tempat menarik.

Nantikan majlis pelancaran pusat tersebut, berita terkini akan dimaklumkan kelak.

Wednesday, July 7, 2010

KURSUS REKREASI LUAR TAHAP 1 DAERAH GOMBAK

.Tanggal 11 Jun 2010 telah terlaksana sebuah program yang pengisiannya adalah aktiviti rekreasi luar sepenuhnya..Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 Daerah Gombak.Ianya telah dilaksanakan di Nur Laman Bestari Eco Resort n Training Village,Ulu Yam.
Kursus ini telah dikendalikan oleh para jurulatih KELABING.
Penekanan dalam kursus pada kali ini adalah lebih kepada pengenalan kegiatan rekreasi luar dan beberapa kemahiran asas kraf rekreasi seperti perkhemahan,flying fox,repelling,jungle tracking,'outdoor games',kayak,berakit,teknik asas simpulan dan ikatan,'orienteering' dan kompas',ikhtiar hidup,kembara malam dan beberapa lagi pengenalan dan asas pengendalian aktiviti rekreasi luar.
Rata-rata yang menyertai kursus ini adalah daripada individu yang belum mengenali aktiviti rekreasi dengan betul.Oleh yang demikian kursus ini telah membantu mereka dalam mengenal erti sukan rekreasi dan memberi mereka peluang untuk terlibat dalam bidang rekreasi yang mampu memberi 1001 peluang dan faedah yang berharga.
Kursus ini adalah kerjasama KELABING dan PEJABAT BELIA & SUKAN DAERAH GOMBAK.
Terima kasih buat en.Zayanidi (Pembantu Pegawai Belia & Sukan daerah Gombak) selaku pemantau program yang banyak menyumbang dan membantu program ini daripada mula hingga akhir.Kepada para Jurulatih yang bersama-sama berkampung di NLB,anda melakukan tugas anda dengan cemerlang,teruskan prestasi anda untuk program yang akan datang dan ribuan terima kasih diucapkan.Buat pihak Rebutia Corporation Sdn Bhd,anda juga adalah tulang belakang program ini dan banyak memberi sumbangan bagi memastikan program ini berjaya,terima kasih.
Berikut adalah beberapa gambar sepanjang program :









Tuesday, March 23, 2010

PROGRAM PERKHEMAHAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR AKAN MENGADAKAN SATU PROGRAM PERKHEMAHAN SEPRTI BERIKUT. DAN KELABING ANTARA YANG MENGHANTAR WAKIL KE PROGRAM ITU NANTI.

PROGRAM PERKHEMAHAN KERJA PATRIOTIK PERINGKAT NEGERI SELANGOR

NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT,ULU YAM

26-28 MAC 2010

PENYERTAAN PERCUMA

PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DAN MENCABAR AKAN DIJALANKAN

BERMINAT? HUBUNGI EN ALIF 014 810 3757

CEPAT!! PENYERTAAN TERHAD..MULAI HARI INI PENYERTAAN YG DIBUKA
HANYA TINGGAL 10 ORANG SAHAJA LAGI..SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!
KETERANGAN LANJUT HUBUNGI NO YG TERTERA..TERIMA KASIH..

Friday, March 19, 2010

PENGUMUMAN

PROGRAM TERKINI KELABING

4HB APRIL 2010 :
KEJOHANAN BOLA SEPAK TERBUKA
KELABING 2010
TEMPAT : PADANG KG MELAYU BATU CAVES
PERSON INCHARGE : FAISAL - 017 3425 287

10HB APRIL 2010 :
HARI BERSAMA BELIA
DAN MESYUARAT AGUNG KHAS KELABING
PERSON INCHARGE : USTAZ ROHISHAM - 012 366 3059

Tuesday, January 19, 2010

NANTI!! MASIH ADA LAGI GAMBAR-GAMBAR DAN CERITA SEMASA PROGRAM X-PLORASI..IANYA AKAN DIMUATKAN KE DALAM BLOG INI NANTI..TUNGGU!!

KELABING+ REBUTIA NLB TRAINERS X-PLORE

Salam 1 Malaysia..Pada tanggal 11hb Januari yang lepas, iaitu pada hari Ahad..grup fesi dan jurulatih bagi KELABING DAN REBUTIA telah mengadakan sebuah program X-PLORASI,
..Mungkin ini adalah program pertama bagi tahun ini, dan program ini dijalankan bertujuan untuk memeriksa kawasan hutan di Ulu Yam.

Lebih kurang seminggu di dalam hutan,pelbagai pengalaman dirasai. Digigit pacat adalah perkara biasa, tidur berbumbungkan langit bertilamkan tanah adalah lumrah. Sememangnya program kali ini cukup menyeronokkan. Maaf kepada ahli-ahli KELABING dan REBUTIA, program ini sebenarnya memakan masa yang agak panjang,dan berisiko tinggi,segala yang terjadi adalah dibawah tanggungjawab sendiri.Oleh itu AJK KELABING DAN REBUTIA memutuskan agar program kali ini dilakukan oleh para jurulatih dan fesi-fesi yang berpengalaman sebelum di jadikan program rasmi untuk KELABING DAN REBUTIA.

Program X-PLORASI ini diketuai oleh en.Radzuan (setiausaha KELABING) dan dibantu oleh en. SYAEZUL (JURULATIH REKREASI LUAR BERTAULIAH KEBANGSAAN) serta dibantu oleh pembantu jurulatih,grup teknikal,dan krew-krew yang berpengalaman.

Misi program kali ini adalah memeriksa kawasan dan menandakan tahap keselamatan di hutan Ulu Yam sebelum dijadikan hutan rekreasi untuk peminat aktiviti rekreasi luar. Pemeriksaan meliputi 9 trek hutan (5 trek sediakala dan 4 trek baru), menanda kawasan perkampungan survivor, keselamatan di sungai dan hutan di waktu malam, kekerapan kunjungan binatang di sesuatu tempat dalam kawasan hutan rekreasi, pemeriksaan kawasan tali tinggi ( repeiling dan abseiling serta flying fox), sesi pandu arah (orienteering), dan banyak lagi.

Antara sisipan gambar-gambar semasa aktiviti..






















































































































































































































































































Thursday, January 7, 2010

KAMI DI KELABING DAN X LUPA JUGA DI REBUTIA CORP MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA SAHABAT2 SAMADA MELALUI PENA, MEDIA ATAU SECARA LANGSUNG DENGAN KAMI. DIHARAP AGAR TAHUN BARU INI KITA SEMUA LEBIH BERJAYA DARI TAHUN YANG SUDAH.

BUAT PARA ADIK2 DAN PESERTA PROGRAM,ANDA SEMUA ADALAH KELUARGA KAMI, JATUH BANGUN ANDA ADALAH BERSAMA KAMI, HUBUNGILAH KAMI JIKA TERDAPAT APA2 MASALAH,INSYAALLAH KAMI AKAN BANTU. TAHUN BARU,AZAM BARU,USAHA BERTAMBAH DAN SEMESTINYA CABARANNYA PUN HEBAT, HATI2LAH DALAM MENEMPUHI TAHUN BARU INI, JANGAN LEKA DAN SELALU INGAT KEPADA TUHAN.
ENJOY..ENJOY JUGAK,DIRI JANGAN LUPA.

INSYAALLAH, KELABING AKAN MENDAPAT TEMPAT UNTUK ANDA2 SEMUA DIMANA IANYA ADALAH UMPAMA 'ONE STOP CENTRE' BUAT PARA BELIA DAN ADIK2 SEMUA.ANDA SEMUA BOLEH MELAWAT KE TEMPAT TERSEBUT UNTUK BERJUMPA KAMI ATAU INGIN MENGUTARAKAN SEBARANG PANDANGAN, BERKONGSI MASALAH DAN SAMA2 SELESAIKAN ATAU APA2 SAJA. PINTU KAMI SENTIASA TERBUKA.

AKHIR KALAM, USAHA + TAWAKAL = SUKSES, SELAMAT DUNIA SELAMAT AKHIRAT..